Bulan Disiplin 2010
Bermula pada 11 April 2010, bulan April diisytiharkan sebagai Bulan Disiplin. Program Bulan Disiplin ini merupakan salah satu progran yang dirancang oleh Badan Pengawas SMKAKA pada tahun ini. Dengan berlandaskan misi SMKAKA Gemilang 2010, Badan Pengawas SMKAKA merancang program ini dengan teliti.
Majlis Pelancaran Bulan Disiplin telah dilancarkan dan disempurnakan oleh Tn Tahar Bin Sali, Penolong Pengarah Bahagian Bimbingan Kaunseling & Unit HEM, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Majlis dimulakan dengan paluan kompang mengiringi tetamu kehormat dan seterusnya persembahan silat sebagai pemula acara. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Majlis, alunan zikrullah, nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan.
Aktiviti Bulan APRIL 2010
Antara aktiviti yang akan dijalankan pada bulan APRIL ini, termasuklah yang melibatkan Pengawas SMKAKA, ialah;
- Bulan Disiplin (Anjuran Unit Disiplin & Badan Pengawas SMKAKA ; 11 - 29 APR 2010)
- Minggu Ko-Akademik
- Hari Aman Palestin (Anjuran Badan Dakwah, Sahsiah & Kepimpinan SMKAKA)
- Program KeRIs ( Anjuran Badan Dakwah, Sahsiah & Kepimpinan SMKAKA)
Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 2010
Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Dungun. Majlis bermula pada jam 8 pagi, dengan ketibaan tuan Timbalan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh puan Pengerusi Majlis dan seterusnya diteruskan oleh tuan Timbalan bagi merasmikan majlis. Tuan Timbalan menyampaikan kata-kata aluan beliau bagi menaikkan semangat para pengawas dan seterusnya merasmikan majlis.
Langgan:
Catatan (Atom)