Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 2010
Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Dungun. Majlis bermula pada jam 8 pagi, dengan ketibaan tuan Timbalan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh puan Pengerusi Majlis dan seterusnya diteruskan oleh tuan Timbalan bagi merasmikan majlis. Tuan Timbalan menyampaikan kata-kata aluan beliau bagi menaikkan semangat para pengawas dan seterusnya merasmikan majlis.
Kemudian, upacara penerimaan watikah dijalankan. Puan Penolong Kanan mengiringi Tuan Timbalan ke atas pentas bagi menyampaikan watikah. Penyampaian watikah dimulakan dengan pengawas sekolah yang didahului oleh Syed Muhammad Khairi bin Syed Omar sebagai Ketua Pengawas sesi 2010. Seterusnya diikuti oleh pengawas lelaki dan pengawas perempuan yang didahului oleh Nurul Islah Ismail sebagai Naib Ketua Pengawas sesi 2010. Bagi pengawas Asrama, kapten asrama bagi sesi 2010 ialah Muhammad Nazir bin Abdul Malek manakala naib kapten ialah Hamizah binti Ruslan.
Selepas upacara penyerahan sijil watikah, majlis diteruskan dengan upacara pembacaan ikrar pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah.
Majlis tamat pada jam 9 pagi.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan